+604-7291888
jpbd@kedah.gov.my
 Ahad - Rabu 8.00am - 5.00pm | Khamis 8.00am - 3.30pm
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Web Portal PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman) dapat juga dilancarkan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah PLANMalaysia iaitu YBhg. Dato' TPr Mohd Anuar bin Maidin pada 26 Julai 2020. Tahniah di atas usaha jitu segenap lapisan pegawai.
Web Portal PLANMalaysia@Kedah ini disediakan sebagai platform bagi orang ramai mendapatkan informasi dan maklumat berkaitan aktiviti perancangan pembangunan yang berlaku di Negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, laman web ini juga turut menerangkan kepada orang awam berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini.
Saya amat berbesar hati kerana PLANMalaysia@Kedah telah berjaya melaksanakan segala sasaran kerja yang ditetapkan dengan baik. Pemprosesan ulasan kebenaran merancang, penyediaan Rancangan Pembangunan (Rancangan Struktur , Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) serta menasihati kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam projek -projek pembangunan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali.
Sehingga kini, Jabatan telah berjaya di dalam usaha-usaha untuk meningkatkan kemajuan awam serta layanan kaunter yang berkualiti dan inovasi adalah merupakan antara contoh yang telah dan sedang dilaksanakan.
Bagi tahun-tahun mendatang, cabaran-cabaran di dalam bidang teknologi maklumat memainkan peranan yang aktif di dalam menasihati kerajaan tempatan, penyediaan Rancangan Pembangunan perlu disahut oleh kita semua. Terutamanya dalam kita membudayakan norma baharu dalam perkhidmatan awam. Jabatan juga perlu dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi terkini di dalam usaha melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Akhir kata, saya berharap Web Portal PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman) ini akan berjaya di dalam mencapai objektifnya dan harus dikemaskini secara berterusan sebagai kesinambungan kepada wadah pemberi maklumat yang terkini.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA"
MOHD MUNIZAM BIN ABDUL AZIZ, PKT.
Pengarah PLANMalaysia@Kedah
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman)