Unit Projek Khas

Pengenalan

  • Menjadi rujukan teknikal kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan pelan-pelan projek khas oleh kerajaan negeri dan persekutuan.
  • Menyedia, membantu dan memberi khidmat nasihat teknikal perancangan dalam program-program pemeliharaan warisan bagi satu-satu kawasan atau bangunan.
  • Menyedia pelan tatatur bagi projek-projek petempatan, pusat pertumbuhan desa, pelan landskap, kemudahan infra, pelan kawasan pelancongan dan lain-lain projek yang diperlukan.
  • Menyedia pelan pembangunan daerah merangkumi pelan tindakan, pelan pengurusan dan lain-lain yang diperlukan oleh PBT atau agensi-agensi kerajaan.
  • Membuat pemantauan bagi projek-projek perancangan pembangunan yang telah disediakan dan kemajuan projek-projek utama kerajaan negeri.

Objektif

  • Menyumbang tenaga dalam usaha-usaha kerajaan untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang mana bertujuan untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat serta meninggikan taraf hidup rakyat di seluruh negeri.
  • Menggalak dan mengesyorkan pertumbuhan kemajuan bandar dan desa di dalam negeri.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan Pelan Projek Khas dalam tempoh 60 hari bekerja.

Fungsi Unit Projek Khas

Pihak Berkuasa Tempatan

Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dan menyediakan pelan induk pelancongan serta pelan lanskap dan perlaksanaan program dan aktiviti pengindahan.

Kerajaan Negeri

Membantu kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam penyediaan pelan-pelan projek khas, pelan induk, pelan pengurusan dan program serta kempen-kempen berkenaan

Image

Senarai projek yang berkaitan dengan Unit Projek Khas dari tahun 2019 ke tahun 2021

Kajian yang dijalankan oleh Unit Projek Khas

Senarai aktiviti oleh Unit Projek Khas

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my