Info Unit Lembaga Rayuan
Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dan seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, dimana ;
1. Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan PBPT khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.
2. Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.
3. Menyelesaikan pertikaian antara perayu dengan PBPT hasil dari keputusan perancangan yang mana perayu sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna terasa terkilan.
4. Memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak PBPT dan menimbangkan kes-kes rayuan.
5. Mendengar rayuan daripada perayu dan juga PBPT;
6. Memanggil dan memeriksa saksi;
7. Menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya di atas sumpah untuk menyatakan yang benar;
8. Memaksa mana-mana pihak mengemukakan dan menyerahkan apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan bagi rayuan itu;
9. Mengesahkan, mengubahkan atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;
10. Mengawardkan kos; dan
11. Membuat apa-apa perintah sama ada berkaitan dengan Akta 172 atau pun tidak