Visi, Misi & Objektif
VISI JABATAN
“Peneraju perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang dinamik dan inklusif”
MISI JABATAN
“Memacu perancangan spatial negeri kedah melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif dan inovatif untuk kesejahteraan rakyat”
OBJEKTIF JABATAN
1) Mengurusetia Jawatankuasa Perancang Negeri untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan ,penggunaan, dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri untuk mengawal selia , merancang dan menyelaras semua aktiviti kemajuan dalam Negeri.
2) Menyumbang tenaga dalam usaha-usaha kerajaan untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang mana bertujuan untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat serta meninggikan taraf hidup rakyat di seluruh Negeri.
3) Memberi khidmat perancangan dari segi fizikal di peringkat Negeri dan Daerah untuk menerap objektif-objektif terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru bagi menyusun semula masyarakat, membasmi kemiskinan, dan mengimbangkan kemudahan ekonomi di seluruh Semenanjung Malaysia.
4) Menyelaraskan dan mengawasi kelicinan perlaksanaan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], pindaan tahun 1993 (Pindaan A866), pindaan tahun 1995 (Pindaan A933) , pindaan tahun 2001 (Pindaan A1129), pindaan tahun 2007 (Pindaan A1313) dan pindaan tahun 2017 (Pindaan A1522).
5) Menggalak dan mengesyorkan pertumbuhan kemajuan Bandar dan desa di dalam negeri.
6) Merancang perlaksanaan dasar perumahan, perdagangan, perindustrian dan pertanian peringkat negeri bagi menetukan penggunaan tanah yang cekap, seimbang daN mampan untuk kesejahteraan hidup rakyat serta meningkatkan hasil negeri.