Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

1. Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri.


2. Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan


3. Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.


4. Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.


5. Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat bagi menjalankan fungsinya.


6. Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.


7. Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my