Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah) yang digubal mementingkan aspek perancangan dan pembangunan yang berkualiti dan inovatif dalam usaha memenuhi kehendak pelbagai pelanggan.
Aspek yang dijanjikan kepada pelanggan-pelanggan dalam Piagam Pelanggan Jabatan adalah seperti pada rajah berikut :-
Matlamat Pewujudan Persekitaran Yang Berkualiti dan Sejahtera Di Negeri-Negeri Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa Yang Berkualiti, Sejahtera Dan Mampan Menjelang 2020.
DENGAN ITU KAMI BERJANJI UNTUK :-
a) Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri tiga (3) kali setahun.
b) Memberi ulasan perancangan bagi permohonan kebenaran merancang tidak melebihi 14 hari.
c) Menyelaras penyediaan RT dan RKK serta memantau pelaksanaannya berdasarkan Program Rancangan Malaysia 5 tahun.
d) Menyedia Pelan Projek Khas dalam tempoh 60 hari.
e) Mengadakan mesyuarat dengan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) dua (2) kali setahun.
f) Menyampaikan keputusan bertulis Lembaga Rayuan kepada Perayu dan Responden dalam tempoh 10 hari dari tarikh keputusan diterima daripada Pengerusi Lembaga Rayuan.
g) Membekalkan maklumat perancangan (kategori tidak berperingkat) dalam tempoh lima (5) hari.
h) Memberi layanan kaunter dengan berbudi bahasa dalam tempoh lima (5) minit.
i) Memberi ulasan perancangan ke atas permohonan perancangan tapak dalam tempoh tiga puluh (30) hari