Lain-Lain Perkara Berkaitan
Selain daripada tugas - tugas mengurusetia mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri, unit ini turut terlibat dalam tugas – tugas keurusetiaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Perancang Negeri dimana kertas kerja yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Perancang Negeri.
Peranan Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Perancang Negeri adalah mempertimbang sesuatu permohonan atau kertas kerja dari aspek teknikal, dasar dan perundangan sebelum kertas kerja berkenaan dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri.
Antara tugas – tugas lain unit adalah mendapatkan perakuan kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah melalui Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ke atas kertas kerja berkaitan akta, dasar, garis panduan dan rancangan pemajuan untuk digunapakai oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.