Sejarah Kedah

Balai Nobat

Pengenalan

Balai Besar yang terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan.

Info

Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-27 (1958-2017) pada 20 Februari 1959.

Kedudukan Balai Besar di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dianggap sangat strategik kerana ia dikelilingi oleh banyak bangunan dan monumen bersejarah yang lain seperti Muzium Diraja Kedah, Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Balai Nobat, Balai Seni Negeri dan juga Masjid Zahir.

Dari aspek senibina, Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengagumkan. Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.

Bangunan ini pernah mengalami kemusnahan ekoran serangan oleh angkatan Bugis pada tahun 1770 dan serangan Thai pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1743), bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1896. Kerja-kerja pembinaannya diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kedah bagi menyediakan balai ini untuk majlis perkahwinan lima orang putera dan puteri raja pada tahun 1904.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my