- 245
Sejarah Kedah
Kompleks Pekan Rabu
Pengenalan
Kompleks Pekan Rabu (yang asal) dibina pada tahun 1921 dan terletak di Jalan Sultan Ibrahim yang berfungsi sebagai pusat jual beli di tengah Bandar Alor Setar. Kompleks Pekan Rabu kemudiannya dipindahkan sementara ke Kompleks Ukir Mall selama lebih kurang tiga tahun bagi memberi laluan kepada pembangunan semula Kompleks Pekan Rabu yang baru di atas tapak asal.
Info
Kompleks Pekan Rabu yang ada pada hari ini telah dibangunkan pada tahun 2014 selepas dipersetujui Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 dan kini premis ikonik pelancongan Kedah ini tersergam indah. Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu yang baharu ini siap pada awal tahun 2018 dan peniaga mula kembali berniaga secara berperingkat sejak 25 Februari 2018.
Dari segi kos, projek pembinaan semula kompleks baharu setinggi empat tingkat ini menelan belanja sebanyak RM55.57 juta dan memberi nadi baharu kepada Pekan Rabu yang begitu sinonim dengan Bandaraya Alor Setar