Aktiviti

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001-2015

Pengenalan

Kursus ini akan diadakan selama dua (2) hari iaitu bermula pada hari ini 17 April 2018 sehingga 18 April 2018 dan dianjurkan sepenuhnya oleh PLANMalaysia@Kedah (Bahagian Korporat).

Info

17hb April 2018 Keriang Hill, Alor Setar, Kedah

Jabatan telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang diadakan di Keriang Hill, Alor Setar, Kedah. Seramai 25 orang peserta yang merupakan warga PLANMalaysia@Kedah telah menyertai kursus ini yang bertujuan memberi pendedahan skop dan tujuan audit dalaman dilakukan terutama MS ISO 9001:2015 yang mana jabatan baharu sahaja memperolehi sijil penarafannya oleh pihak MAMPU pada Januari 2018 yang lalu.

Selain daripada membincangkan skop audit dalaman, penceramah En Jaafar juga menerangkan bagaimana sesuatu perkara itu diaudit oleh pihak auditor berdasarkan indikator serta kaedah penetapan nilai (skor) terhadap dokumen atau bukti dokumen.

KURSUS AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015. Disampaikan Oleh En. Md Jaafar daripada EMJAY TRAINING &

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my