Aktiviti

Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Pengenalan

24 Mei 2018 Alor Setar Kedah

Satu taklimat khas kepada warga PLANMalaysia@Kedah berkenaan pengenalan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim semalam. Program taklimat ini telah disampaikan oleh En. Khairul Badri Ahmad dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IAB).

Info

Taklimat yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga jabatan ke arah budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

EKSA secara ringkasnya merupakan penjenamaan semula Amalan 5S dan dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Khairul Badri Ahmad di atas penyampaian taklimat yang begitu bermanfaat. Semoga dengan pendedahan tersebut dapat menambahbaik lagi persekitaran kerja di jabatan ini ke arah menyampaikan perkhidmatan cemerlang secara berterusan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my