Aktiviti

Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Pengenalan

2hb November 2018 Alor Setar Kedah

Bandaraya Warisan Dalam Taman, bandar untuk semua. Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 pada 3 November 2018 akan diadakan di Medan Bandar Alor Setar (berhadapan Masjid Zahir).

Eksplorasi Game Jejak Warisan
Make a pledge Plant a tree
Anugerah Komuniti Cemerlang
Anugerah Bandar Mampan
Anugerah Kejiranan Hijau
Rekabentuk Bandar 3D (barangan kitar semula)
Pidato
Multimedia
Pameran Agensi
Pameran Komuniti

Info

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Admin mewakili Warga PLANMalaysia@Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Ibu Pejabat kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018.

Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan strategik Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) atas sokongan padu bekerjasama dengan pihak jabatan, agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran mahupun bantuan teknikal. Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) dalam mengurus perjalanan Make a Pledge, Plant a Tree.

Kolaborasi juga diteruskan kepada agensi swasta yang menyumbang idea memeriahkan lagi sambutan tahun ini.

Kepada Persatuan Kebajikan Am JPBD Negeri Kedah (PERKAS), jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kerana berjaya melaksanakan Program Eksplorasi Jejak Warisan Alor Setar 2018. Di harap Jabatan dan PERKAS akan dapat berkerja sama lagi selepas ini.

Kepada penaja-penaja Program Jejak Warisan Alor Setar 2018. Setinggi penghargaan kepada penyumbang dalam menjayakan eksplorasi promosi tempat-tempat warisan bersejarah. Semestinya warisan sejarah inilah titik mula perancangan dan morfologi bandar dimana-mana tempat di dunia ini. Terima kasih.

<hr>

ALOR SETAR - Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar Kedah.

Majlis di mulakan dengan Penanaman Pokok Kurma oleh YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah dan YB. Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan bersama dif - dif kenamaan bertempat di Perkarangan Masjid Zahir, Alor Setar Kedah.

Majlis di teruskan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato TPr. Hajah Rokibah Abd. Latif, Ketua Pengarah Plan Malaysia. Majlis di teruskan dengan ucapan oleh YB. Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018 oleh YB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Penyampaian Penghargaan di sampaikan oleh YB. Menteri Wilayah Persekutuan bersama YB. Menteri Besar Kedah Darul Aman kepada Pemenang MURNInets iaitu Anugerah Bandar Mampan 2017, Pelaksana Inisiatif Kejiranan Hijau serta Pertandingan Ekspolarasi Jejak Warisan Alor Setar & Membina Model Bandar.

Turut hadir bersama YBhg. Encik Muhamad Mahazi Hj Ibrahim, Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah Mewakili YB. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Encik Tan Kok Yew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YBhg. Datuk Seri Adnan Haji Md. Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Zohdi Haji Saad, Datuk Bandar, Bandaraya Alor Setar, YBhg. Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, YBhg. Puan Hajah Asni Mustafa, Pengarah PlanMalaysia Kedah, Pegawai Tertinggi Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia serta Plan Malaysia, Pengarah - Pengarah PlanMalaysia Negeri - Negeri, Ketua - Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta dif - dif Jemputan.

 

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my