Berita

Publisiti Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah

Pengenalan

9hb Oktober 2018 | Pejabat PLANMalaysia@Kedah | Alor Setar Kedah

Publisiti Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah (KEDAH 2035).

Info

Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035

Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 (RSNK 2035) disediakan berdasarkan kepada peruntukan Subseksyen 11(1) dan 11(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RSNK 2035 akan menggantikan Rancangan Struktur Negeri Kedah 2020 (RSN 2020) yang telah diwartakan pada 3 Februari 2011; No. Warta: ‘No. 84 Kenyataan 68’.

RSNK 2035 merupakan dokumen perancangan yang mengandungi gambar rajah utama dan penyataan bertulis bagi memberi panduan dan corak pembangunan fizikal Negeri Kedah. RSNK 2035 akan menjadi Dokumen Perancangan Strategik Fizikal Negeri selepas ia diwartakan. Fungsi RSNK 2035 adalah:

Memenuhi keperluan statutori di bawah Seksyen 8, Akta 172

Melengkapkan sistem perancangan bandar dan desa negara yang terdiri dari tiga peringkat iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT)

Menterjemahkan dasar-dasar RFN di dalam perancangan pembangunan fizikal negeri

Memandu dan menyelaras perancangan di peringkat daerah (Rancangan Tempatan)

Membentuk matlamat, dasar dan cadangan terhadap pembangunan sosio ekonomi dan persekitaran negeri
Membentang isu-isu perancangan dan keputusan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan orang ramai

Menyediakan asas bagi menyelaras keputusan agensi kerajaan dan swasta

RSN Kedah 2035 boleh diubah dan dikaji semula selaras dengan peruntukan Subseksyen 11(1) dan 11(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Matlamat DRSN ini ialah menjadikan Negeri Kedah Berdaya Maju dan Berdaya Huni (Thriving and Livable Kedah) iaiatu memastikan Negeri Kedah Kompetitif, Berdaya Huni, Berdaya Tahan, Mampan dan Makmur.

Terdapat 5 teras utama Draf RSN Kedah 2035.

1. Kemakmuran Ekonomi (KE)
2. Keharmonian Spatial (KP)
3. Keterangkuman Sosial (KS)
4. Kemampanan Alam Sekitar (KAS)
5. Kecekapan Urus Tadbir (KUT)

Kajian semula RSN ini telah berada diperingkat akhir dan akan dimuktmadkan pada penghujung tahun 2018.

Bahan Pameran

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my