Projek Unit Projek Khas

Kajian Pelan Tindakan Pelancongan Tasik Pedu

Pengenalan

18hb November 2019 | Alor Setar, Kedah

Tasik Pedu terletak di Daerah Padang Terap, Negeri Kedah dan daerah ini disempadani oleh Daerah Kubang Pasu di Barat Laut, Daerah Kota Setar di Barat, Daerah Pendang di Barat Daya dan Daerah Sik di Tenggara.

Info

Tasik Pedu adalah antara tasik buatan manusia yang terbesar di Negeri Kedah. Pembinaannya bertujuan menyediakan bekalan air untuk pengairan kawasan sawah padi di Negeri Kedah dan Perlis, bagi membolehkan pesawah menanam padi 2 kali setahun, di samping membekalkan air mentah untuk kegunaan domestik. Kesan pembinaannya telah mewujudkan sebuah tasik buatan manusia berkeluasan 52 kilometer persegi.

Secara keseluruhannya, laporan ini merangka pelan pengurusan dan pembangunan bagi kawasan Tasik Pedu. Pelan tindakan ini menggariskan suatu anjakan terhadap peranan semua pihak berkaitan, di dalam memajukan Tasik Pedu sebagai kawasan eko pelancongan, di samping menjaga sumber air utama negeri agar sentiasa dalam lingkungan Kelas I dan II (mengikut Indeks Kualiti Air Kebangsaan). Aspek promosi dan pemasaran perlu digerakkan dengan lebih efektif agar penyampaiannya berkesan dalam menarik pelancong dalam dan luar negara, supaya Tasik Pedu kembali menjadi tumpuan.

Justeru, Pelan Tindakan ini telah menggariskan beberapa strategi strategik yang perlu dilaksanakan. Tumpuan turut diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan pembangunan, agar hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan eko pelancongan sebagai salah satu hasil negeri terlaksana.

Oleh itu, adalah menjadi hasrat agar Kajian Pelan Tindakan Pengurusan Eko Pelancongan Tasik Pedu ini berupaya menjadi sebuah naskhah yang mampu diterjemah ke dalam satu bentuk perancangan yang strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi keperluan golongan sasaran.

Galeri

Gambar program.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my