Projek Unit Projek Khas

Kajian Pelan Tindakan Pelancongan Ulu Muda

Pengenalan

18hb November 2019 | Alor Setar, Kedah

Hala tuju pembangunan bagi kajian ini adalah untuk menjadikan Ulu Muda sebagai sebuah kawasan rekreasi dan eko pelancongan selaras dengan fungsi Daerah Sik sebagai Daerah Eko Pelancongan dan Pusat Industri Asas Tani.

Info

Definisi eko pelancongan diringkaskan seperti berikut:

  • Pelancongan berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya.
  • Pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semulajadi dan kebudayaan.
  • Mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

Eko Pelancongan merupakan pelancongan berasaskan alam semulajadi, di mana diharapkan agar pelancongan ini dapat menyumbang kepada penyelenggaraan bagi pemeliharaan serta pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar. Bagi memastikan alam semulajadi terus terpelihara, sumber bagi eko pelancongan hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Galeri

Gambar pelan cadangan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my