Soal Selidik Pelancongan Bagi Kajian Rancangan Tempatan Daerah Pendang 2035

Image

Pengenalan

7hb Julai 2021 | Alor Setar

PLANMalaysia@Kedah mengalu-alukan penyertaan kepada semua lapisan masyarakat dan penduduk tempatan yang tinggal di dalam Daerah Pendang bagi membantu menjayakan kajian Soal Selidik Pelancongan.

Info

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kajian Rancangan Tempatan Daerah Pendang, Kedah 2035 (Penggantian) merupakan kerjasama Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Utara, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) bersama Majlis Daerah Pendang dan PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah).

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan penyertaan penduduk tempatan terutamanya Penduduk Daerah Pendang dan juga semua lapisan masyarakat dalam proses perancangan dengan mengemukakan pandangan dan maklum balas bagi Soal Selidik Pelancongan dalam membantu kajian ini meningkatkan mutu pelancongan di Daerah Pendang.

Bersama-sama ini disertakan poster dan link Borang Kaji Selidik Pelancongan untuk rujukan dan diisi oleh pihak tuan/puan.

Link Borang Kaji Selidik Pelancongan - https://forms.gle/
PBFF1fLBKaMUj9ZK9

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih
QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my