Projek Unit Projek Khas

Penyediaan Pelan Susun Atur Tanah Perkuburan Taman Uda

Pengenalan

18hb November 2019 | Alor Setar, Kedah

Tanah perkuburan merupakan salah satu kemudahan asas yang sama pentingnya dengan kemudahan asas yang lain. Apabila memajukan sesebuah kawasan perumahan, seringkali keperluan ini tertinggal dan telah menimbulkan masalah kepada penduduk kerana tiada tanah perkuburan yang dirancang. Masalah ini menjadi lebih meruncing terutama di kawasan-kawasan bandar kerana mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi.

Info

Bagi Daerah Kota Setar, keperluan tanah perkuburan Islam yang baru semakin mendesak terutama di kawasan bandar. Bilangan tapak kawasan perkuburan sedia ada adalah sedikit dan kebanyakannya telah padat. Oleh itu, pelaksanaan bagi mewujudkan tapak perkuburan baru perlu dijalankan untuk memastikan ianya mampu menampung keperluan penduduk dalam daerah ini pada masa hadapan. Prinsip perancangan tanah perkuburan akan mengambilkira aspek tepat dan saksama, kemudahsampaian, sistematik, keselamatan serta bersih dan indah.

Terdapat dua objektif utama yang menjadi pencetus bagi cadangan pembangunan ini :

  • Bagi menyediakan kemudahan tapak perkuburan untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar yang semakin meningkat.
  • Menyediakan suatu kemudahan tanah perkuburan yang tersusun dan sistematik.

Galeri

Gambar cadangan pembangunan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my