+604-7291888
jpbd@kedah.gov.my
 Ahad - Rabu 8.00am - 5.00pm | Khamis 8.00am - 3.30pm
18hb November 2019 | Alor Setar, Kedah
Pelancongan merupakan salah satu segmen industri yang mempunyai prospek yang tinggi untuk diketengahkan. Pemerkasaan sektor pelancongan berupaya menjadi pemangkin dan pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri (major economic enabler).
Amnya Kedah kaya dan mempunyai kekuatan dengan kepelbagaian produk pelancongan terutamanya daripada aspek ekologi dan biodiversiti, warisan dan budaya, arkeologi, dan gastronomi. Sektor pelancongan di Kedah hanya tertumpu kepada Langkawi sebagai antara destinasi premier pelancongan antarabangsa. Bagaimanapun, Tanah Besar Kedah tidak mendapat tempias secara langsung daripada kerancakan industri pelancongan di Langkawi, berbanding kedudukannya yang menjadi salah satu daripada pintu masuk pelancong ke Langkawi. Justeru, aktiviti pelancongan di Tanah Besar Kedah perlu diperkasa untuk menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.
Oleh yang demikian, satu koordinasi di antara Kerajaan Negeri dan pemain industri perlu digembleng ke arah transformasi kualiti penyampaian dan perkhidmatan sektor pelancongan negeri. Justeru, wujud keperluan kepada satu dokumen pelancongan dalam bentuk roadmap untuk memandu hala tuju pembangunan pelancongan Negeri Kedah. Ia akan menterjemahkan dasar – dasar strategik untuk memperkasa ekonomi melalui sektor pelancongan. Ia adalah selaras dengan Teras Pembangunan dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 ke arah kemakmuran ekonomi negeri.
‘Roadmap’ Pelancongan Kedah adalah :-
Laporan penuh kajian ini boleh didapati di Unit Projek Khas PLANMalaysia@Kedah dengan harga sebanyak RM200 (Dua Ratus Ringgit Malaysia)/senaskah.
Gambar