Projek Unit Projek Khas

Kajian Pelan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa Jeneri

Pengenalan

6hb Oktober 2022 | Alor Setar, Kedah

Berdasarkan RTD Sik 2007-2020, Kg. Jeneri dicadangkan sebagai Pusat Petempatan Kecil (PPK). Apabila mengambilkira keadaan pembangunan dan jumlah penduduk semasa, adalah lebih efektif dan bertepatan sekiranya Kg. Jeneri dibangunkan sebagai Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) terlebih dahulu. Peranannya ditumpukan kepada memberi perkhidmatan penduduk dalam kawasan tadahan 5 kilometer. Apabila ekonomi, perkhidmatan dan pentadbiran di kampung ini berkembang maju pada masa hadapan, barulah ianya dinaiktaraf kepada PPK.

Info

Pembangunan PPD Jeneri adalah berteraskan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara iaitu:

Mewujudkan pembangunan desa berbentuk ‘operational plan’ merangkumi aspek sosial, ekonomi, alam sekitar, pengangkutan, infrastruktur, utiliti, warisan, pengurusan & mekanisme pemantauan secara efektif dengan:

- Menyediakan kemudahan awam & infrastruktur yang baik & mencukupi kepada penduduk desa.

- Peluang meningkatkan & mempelbagaikan ekonomi desa menggunakan kepelbagaian sumber jaya sedia ada secara mampan.

- Menyokong pembangunan komuniti yang proaktif, berdaya maju & mempunyai nilai kemasyarakatan tinggi.

- Memelihara alam semulajadi & biodiversiti desa.

- Menyumbang kepada pembentukan negara aman & selamat.

- Mengawal rebakan bandar ke kawasan desa.

Galeri

Pelan Cadangan Pembangunan  PPD Jeneri.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my