Projek Unit Projek Khas

Kajian Pelan Pembangunan Pekan Batu Lima, Sik

Pengenalan

18hb November 2022 | Alor Setar, Kedah

Pelan Pembangunan Pekan Batu Lima, Daerah Sik, Kedah Darul Aman ini bermatlamat untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pekan Batu Lima, Sik sebagai pemangkin kepada ekonomi tempatan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan pembangunan mengikut keutamaan untuk mencapai tahap ekonomi tempatan yang berdaya maju dan berdaya huni.

Info

Dokumen ini menghuraikan secara terperinci kesesuaian dan kebolehlaksanaan pembangunan dalam bentuk fizikal, strategi dan hala tuju pembangunan bagi Pekan Batu Lima bagi mengoptimumkan perancangan guna tanah di kawasan kajian. 

Objektif kajian Pelan Pembangunan Pekan Batu Lima, Daerah Sik, Kedah Darul Aman :

i. Mewujudkan imej dan identiti Pekan Batu Lima untuk menarik pengunjung tempatan dan pelabur luar.

ii. Mengoptimumkan perancangan guna tanah di Pekan Batu Lima sebagai sumber pengukuhan ekonomi dan aktiviti yang boleh menjana pendapatan.

iii. Membantu memandu arah PBT dan agensi pelaksana merangka dan melaksanakan perancangan projek mengikut keutamaan dan peringkat.

Galeri

Gambar

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my