Projek Unit Projek Khas

Pelan Pembangunan Bandar Diraja Anak Bukit

Pengenalan

18hb November 2022 | Alor Setar, Kedah

Bandar Diraja ditakrifkan sebagai bandar yang bernilai tinggi dari segi sejarah dan kepentingan budaya, serta pembangunan komuniti selaras dengan pembangunan landskap bandar terutamanya dari segi elemen pembangunan. - (Royal City Comprehensive Plan, 2009)

Sejarah Bandar Melayu adalah di mana terletaknya kompleks diraja dan bangunan pentadbiran. - (Harun N.Z. & Jalil R.A.J., 2012)

Bandar Diraja adalah bandar yang mempunyai hubungan yang rapat antara komuniti, kubu pertahanan dan istana berkota di mana terletaknya pentadbiran diraja. - (Sharyzee M.S. et.al, 2018)

Bandar yang dimasyhurkan sebagai Bandar Diraja yang mempunyai karakter, budaya dan sejarah tersendiri. - (GPP Pembangunan Bandar Diraja, PLANMalaysia, 2021)

Info

Sejarah pusat pentadbiran Negeri Kedah dicorakkan mengikut tempat bersemayam DYMM Sultan yang memerintah dan mentadbir negeri sejak tahun 1735 Masihi. Pentadbiran terawal sebelum ini adalah Kota Bukit Meriam, Kota Sungai Emas, Kota Seputih, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan, Kota Bukit Pinang dan akhirnya Kota Setar.

Kota Anak Bukit mula dibina dalam tahun 1738 Masihi. Pada masa itulah dikorek suatu sungai kecil dari utara ke selatan yang dikenali sebagai Sungai Kechik Anak Bukit atau Sungai Kuala Cegar, yang berfungsi sebagai laluan dan pertahanan untuk istana itu, menjadikan tempat ini seolah-olah sebuah pulau kecil, iaitu antara Sungai Besar Anak Bukit dan Sungai Kuala Cegar itu. Di samping itu, di luarnya dibina pula kota luar daripada timbunan tanah, yang meliputi kawasan sekitar 2 Km persegi sebagai kubu pertahanan.

Sebuah istana telah dibina di Anak Bukit dalam zaman Sultan Abdullah ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah sebagai tempat semayam setelah pertabalan baginda. Sejak itu, ia menjadi kediaman rasmi kerabat Diraja Negeri Kedah. Seterusnya, Istana Anak Bukit juga merupakan tempat kelahiran Sultan Kedah ke-27, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Galeri

Gambar

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my