Gua Landak

Image

Pengenalan

10hb April 2021 | Alor Setar

Selesai meneroka Gua Landak, Baling petang tadi.

Info

Saya bukanlah seorang pakar arkeologi malah jauh untuk mendalami ilmu ini kerana saya hanya perancang bandar. Tetapi selepas meneroka dan mengalami sendiri perjalanan dari pintu masuk (lakaran) Gua Landak (di bawah jajaran Gunung Pulai dan Gunung Baling) hingga ke hujung gua merupakan pengalaman yang sangat bernilai dan mengujakan. Saya merupakan salah seorang pengkaji Subject Matter Low Carbon dalam Kajian Kompleks Gua-Gua Daerah Baling. Eksplorasi ini sebahagian daripada proses kerja yang perlu dilakukan bertujuan melaksanakan pendokumentasian.

Sedikit info diperolehi daripada bacaan saya di Wikipedia. Gua-gua di Gunung Pulai merupakan gua-gua daripada Kumpulan Baling yang merupakan sejenis kumpulan batuan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ia dinaik taraf daripada Formasi Baling yang berusia sekitar Ordovisi hingga Devon oleh Foo (1983). Jabatan Warisan Negara (JWN) juga telah menemui lebih 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik dianggarkan berusia 17,000 tahun di beberapa buah gua di Gunung Pulai. Tetapi, malang, walaupun eksplorasi kami ini mengharap menemui artifak, tetapi kami hanya menemui tapak-tapak kaki landak dan beberapa formasi batuan yang mengagumkan yang dikatakan Kumpulan Baling.

Walau bagaimanapun, Kumpulan Baling tidak lagi sesuai diguna pakai pada masa kini kerana kajian terkini menaik taraf Tuf Grik kepada Formasi Gerik yang berusia Perm, manakala Kuartzit Papulut dimasukkan dalam Formasi Kroh.

Lakaran ini merupakan lakaran kasar pintu masuk Gua Landak.

Kesimpulan; Kedah kaya dengan aset sumber jaya semula jadi yang tidak ternilai harganya.

Galeri

Gambar Program

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my