KOMPLEKS GUA-GUA DI DAERAH BALING

Pengenalan

11hb Mac 2021 | Alor Setar

Negeri Kedah terkenal dengan kepelbagaian tarikan pelancongan seperti pulau-pulau peranginan, kawasan hutan simpan, tapak tinggalan sejarah dan gua-gua semulajadi.

Antara daerah yang memiliki keunikan tersebut adalah daerah baling yang terletak di sebelah timur Negeri Kedah. Daerah Baling adalah terkenal dengan kepelbagaian tempat menarik semula jadi seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Gunung Inas, Gunung Baling, dan Air Terjun Hutan Lipur Lata Bayu.

Info

Selain itu, terdapat satu lagi produk pelancongan di Daerah Baling yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi dan unik serta bertaraf antarabangsa. Di Daerah baling sebenarnya terdapat banyak tapak gua-gua semulajadi yang masih tidak diterokai sepenuhnya.

Sehubungan dengan perkara tersebut, PLANMalaysia@kedah telah mengambil kesempatan ini untuk menyediakan satu naskah Cadangan Pembangunan Kompleks Gua-gua di Daerah Baling.

Tiga sesi lawatan tapak telah diadakan iaitu lawatan ke Gua Sireh pada 25 Julai 2020, lawatan ke Gua Landak pada 2 Mac 2021 dan lawatan ke Gua Badak 9 Mac 2021. Diharapkan dengan terhasilnya pelan cadangan pembangunan ini akan membantu pihak-pihak berkepentingan bersama-sama dalam membangunkan dan memajukan lagi industri pelancongan Negeri Kedah.

Unit Projek Khas
PLANMalaysia@Kedah>

- Admin AO

Galeri

Gambar sekitar lawatan di Gua Badak, Baling, Kedah.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my