Majlis Perpisahan En Muhammad Najmi Bin Abu Bakar

Pengenalan

22hb Februari 2021 | Alor Setar

Pada 21 Februari 2021 telah diadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan pertukaran Encik Muhammad Najmi Bin Abu Bakar iaitu Penolong Pengarah PLANMalaysia@Kedah yang berpindah ke PLANMalaysia@Pulau Pinang berkuatkuasa bermula pada 15 Februari 2021. 

Info

Encik Muhammad Najmi telah mula berkhidmat di PLANMalaysia@Kedah pada Januari 2018 hingga Februari 2021. Semasa berkhidmat di PLANMalaysia@Kedah, Encik Muhammad Najmi telah banyak menyumbang kepada pembangunan organisasi di PLANMalaysia@Kedah.

PLANMalaysia@Kedah merupakan penempatan pertama beliau sejak mula berkhidmat sebagai penjawat awam dan perpindahan ini juga merupakan perpindahan yang pertama beliau. Kami di PLANMalaysia@Kedah mendoakan semoga beliau terus cemerlang serta dipermudahkan urusan di tempat baru. Selamat maju jaya Encik Muhammad Najmi.

Galeri

Gambar sekitar majlis perpisahan En Muhammad Najmi Bin Abu Bakar

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my