Salam Maulidur Rasul 2021

Image

Pengenalan

19hb Oktober 2021 | Alor Setar

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadir Riwayat At-Tarmizi

Info

Jabatan ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di Negara Malaysia. Marilah sama-sama kita menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam. Ikhtibar baginda sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, pemurah dan penyayang perlu dicontohi dalam kehidupan seharian.

Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2021 adalah "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti". Ia merupakan suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai 'Rabbani' iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepanan apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar. Ia diinspirasikan daripada akhlak dan sikap Nabi Muhammad SAW itu sendiri.

Salam Maulidur Rasul

 
Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my