MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BIL. 3/2022

Image

Pengenalan

29hb Ogos 2022 | Alor Setar, Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BIL. 3/2022
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 3/2022 telah diadakan sepenuhnya secara fizikal yang dipengerusikan oleh YAB. Dato Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Turut hadir adalah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN), Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah seperti YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, YBhg. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pengarah-pengarah jabatan teknikal negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dan lain-lain ahli mesyuarat yang berkaitan.

Info

YAB. Menteri Besar Kedah memulakan ucapan dengan salam Maal Hijrah 1444 Hijrah dan mengucapkan selamat menyambut hari malaysia. Beliau berharap dengan semangat ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang merupakan tema sambutan ke -65 tahun ini akan disemarakkan oleh masyarakat dalam usaha menyejahterakan kehidupan dengan keadaan ekonomi negara dan dunia berdepan cabaran Covid-19.

Antara intipati ucaptama YAB. Menteri Besar Kedah pada mesyuarat tersebut adalah berkenaan Program Walkabout Projek Perintis Bandar Sihat di Taman Tasik Putra, Kulim Kedah yang mendapat peruntukan kewangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Selain itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP) dan Majlis Daerah Baling (MDB) yang telah diiktiraf sebagai Bandar Berdaya Huni Tahap Tinggi Tahun 2021 peringkat Kebangsaan berdasarkan kepada Pengukuran Indeks Daya Huni Malaysia yang diukur melalui 23 indikator di bawah Agenda Malaysia Berdaya Huni.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2022 telah membentangkan satu (1) kertas kerja dasar berkaitan dengan Garis Panduan Ladang Ternakan Unggas Negeri Kedah, Draf Akhir Pelan Pengurusan Pembangunan Persisir Pantai Padang Mat Sirat – Ayer Hangat, Langkawi, Draf Akhir Rancangan Tempatan Daerah Pendang 2035 Untuk Tujuan Publisiti dan Penyertaan Awam, tiga (3) Kertas Kerja Penggantian / Pengubahan Rancangan Tempatan oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan enam (6) kertas kerja pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 3/2022.

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my