Aktiviti

Bengkel Latihan Perisian ArcGIS

12hb Januari 2022 | Nilai | Negeri Sembilan

Pengenalan

PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT telah menghantar lima (5) orang pegawai untuk menghadiri Bengkel Latihan Perisian ArcGIS di Space2U @ Map2U, Nilai, Negeri Sembilan.

Bengkel ini diadakan selama tiga (3) hari bermula dari 10 Januari 2022 hingga 12 Januari 2022. Bengkel latihan merangkumi modul ArcGIS Pro ver 2.9 (Basic) dan juga modul ArcGIS Online (Basic).

Info

Tujuan bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan dan kemahiran teknikal kepada pegawai tentang tatacara dalam penggunaan perisian ArcGIS seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan melalui penyediaan dan analisis data-data geospatial yang lebih dinamik.

Penggunaan perisian ArcGIS juga diharap dapat meningkatkan keupayaan penggunaan sistem jabatan iaitu Sistem Kedah Maklumat Perancangan (K-MAP) yang telah dijenamakan semula kepada Kedah Spatial Information System (K-SIS) dimana sistem ini digunakan dalam penyediaan ulasan perancangan.

Galeri

Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my