Aktiviti

Perhimpunan Awal Tahun 2022 & Majlis Sanjungan Budi

16hb Januari 2022 | Dewan Persidangan Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim | Alor Setar | Kedah

Pengenalan

PLANMalaysia@Kedah telah mengadakan Perhimpunan Awal Tahun sempena memasuki tahun 2022 bersama seluruh warga kerja jabatan ini melibatkan seramai 50 orang dengan tema ‘Glamor & Shining’.

Tema ini bertepatan dengan semangat baharu untuk memulakan tugasan di tahun baharu 2022 supaya akan terus bersinar dan lebih cemerlang seterusnya akan memberikan motivasi kepada semua warga kerja dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan jabatan.

Info

Di samping itu, perhimpunan ini juga bagi meraikan pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh jabatan sepanjang tahun 2021 serta meraikan hari lahir warga kerja yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.

Jabatan turut mengadakan Majlis Sanjungan Budi pada hari yang sama bagi meraikan jasa dan komitmen 3 orang mantan pegawai PLANMalaysia@Kedah yang telah bertukar pada 01 Januari 2021 yang lalu.

Pegawai yang terlibat adalah Encik Abd Talip Bin Abd Rahman (bertukar ke Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, PLANMalaysia), Encik Basri Bin Basir (bertukar ke Unit OSC Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dan Encik Mawardi Bin Said (bertukar ke Pejabat Projek Zon Utara).

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai ini atas jasa, sumbangan, kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

Galeri

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my