PLANMalaysia@Kedah Membantu Menyediakan Pelan Cadangan Susunatur Lot Kediaman
Pengenalan
17hb Januari 2022 | Alor Setar
KUALA MUDA, 17 Januari 2022. PLANMalaysia@Kedah telah menerima satu permohonan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda untuk membantu dalam penyediaan Pelan Cadangan Susunatur Lot Kediaman Untuk Penjawat Awam Negeri Kedah.
Info
Sehubungan dengan itu, jabatan telah mengadakan satu perbincangan bersama wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda serta sesi lawatan tapak kawasan yang telah dicadangkan. Lawatan tapak pada kali ini dihadiri oleh tujuh orang kakitangan PLANMalaysia@Kedah serta tiga orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Galeri
Gambar sekitar lawatan tapak kawasan yang dicadangkan.