PLANMalaysia@Kedah Membantu Menyediakan Pelan Cadangan Pembangunan Pengindahan Lanskap Di Tasik Seri Serdang Daerah Bandar Baharu
Pengenalan
6hb Januari 2022 | Kuala Muda
KUALA MUDA, 6 Januari 2022. PLANMalaysia@Kedah telah menerima satu permohonan daripada Majlis Daerah Bandar Baharu bagi membantu menyediakan pelan pembangunan menaik taraf kawasan Tasik Seri Serdang agar menjadi tumpuan pengunjung. Kedudukan dan keadaan fizikal kawasan tersebut berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat riadah dan rekreasi.disamping komponen rekreasi yang sediada serta memlikik keistimewaan pemandangan yang cantik tersergam indah di dalam Daerah Bandar Baharu serta berdekatan dengan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Info
Sehubungan dengan itu, jabatan telah mengadakan satu perbincangan bersama wakil Majlis Daerah Bandar Baharu serta sesi lawatan tapak ke kawasan yang telah dicadangkan. Tapak yang dicadangkan berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan rekreasi.
Galeri
Gambar sekitar lawatan tapak kawasan yang dicadangkan.