Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bagi Laporan Pendekatan Kajian
Pengenalan
22hb Jun 2022 | Alor Setar
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL BAGI LAPORAN PENDEKATAN KAJIAN
> RT MD Baling, Kedah 2035 (Penggantian)
> RT MD Yan, Kedah 2035 (Penggantian)
> RT MD Sik, Kedah 2035 (Penggantian)
21 & 22 Jun 2022 | Selasa & Rabu
PLANMALAYSIA@Kedah melalui Unit Rancangan Pemajuan telah menjadi urusetia untuk Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Untuk Peringkat Laporan Pendekatan Kajian (LPK) bagi tiga (3) kajian yang sedang disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara dengan kerjasama perunding yang dilantik iaitu melibatkan:-
RT MD Baling, Kedah 2035 (Penggantian)
Rekarancang Sdn. Bhd. 21 Jun 2022 | 9.30 pagi
RT MD Yan, Kedah 2035 (Penggantian)
ANZ Planners Sdn. Bhd.
21 Jun 2022 | 2.30 petang
RT MD Sik, Kedah 2035 (Penggantian)
Iktisas Planners Sdn. Bhd. 22 Jun 2022 | 9.30 pagi
Info
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PLANMalaysia@Kedah dan dihadiri oleh pasukan kajian iaitu Unit Projek PPZU, PBT berkaitan, perunding serta agensi/jabatan teknikal peringkat daerah dan juga negeri.
Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Pendekatan Kajian (LPK) untuk setiap kajian seterusnya membincangkan isu/potensi, halatuju pembangunan awalan serta kaedah-kaedah kajian yang akan dilaksanakan untuk peringkat kedua (LASP) seterusnya memperakukan laporan dan meluluskan bayaran perkhidmatan perunding.
Jabatan berharap dengan penyediaan kajian-kajian ini akan dapat membantu PBT berkaitan dalam memacu pembangunan daerah secara holistik dan mampan.
geri.
Galeri
Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bagi Laporan Pendekatan Kajian