Sesi Pembentangan Projek Pelajar Latihan Industri Diploma Sains Geomatik UiTM Perlis
Pengenalan
21hb Julai 2022 | Alor Setar, Kedah
SESI PEMBENTANGAN PROJEK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DIPLOMA SAINS GEOMATIK UITM PERLIS
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Maklumat Gunatanah & ICT telah mendengar sesi pembentangan projek dua orang pelajar latihan industri Diploma Sains Geomatik daripada UITM Perlis.
Info
Pelajar yang terlibat adalah Muhammad Bin Mohamad Gzazali dan Muhammad Syamim Nabil Bin Mohd Salleh. Projek yang dibentangkan melibatkan penggunaan perisian Autocad, Mapinfo Pro, ArcGIS Pro, ERDAS dan analisis Normalized Vegetation Difference Index (NVDI).
Hasil pembentangan melaui penghasilan pelan, data statistik dan video menunjukkan bahawa pelajar dapat mempelajari serta menguasai perisian yang digunakan oleh jabatan serta dapat memahami proses kerja dan melaksanakan tugas-tugas yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri.
Galeri
Gambar sekitar sesi pembentangan projek dua orang pelajar latihan industri Diploma Sains Geomatik daripada UITM Perlis.