Program Focus Group Discussion & Technical Working Group (TWG) Bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

17hb Ogos 2022 | Dewan Al Hana, Sik, Kedah

PROGRAM FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) DAN TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) BAGI KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2935 (PENGGANTIAN)
 
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Rancangan Pemajuan telah terlibat dalam sesi Focus Group Discussion (FGD) dan Technical Working Group (TWG) bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 selama dua hari bermula pada 16 hingga 17 Ogos 2022 di Dewan Al Hana,Sik,Kedah.

Info

Sesi ini diuruskan oleh Iktisas Planners Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Daerah Sik dan Pejabat Projek Zon Utara dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Sik, Tuan Mahamad Suhaimi Bin Man SDK., AMK., BCK.

Penglibatan yang menyeluruh dari semua lapisan masyarakat Daerah Sik terdiri dari Ahli Parlimen, Ahli Majlis, wakil penduduk, pengusaha, pertubuhan dan juga NGO serta jabatan/agensi teknikal diharap dapat membantu pasukan kajian mendapatkan input-input serta maklumat yang lebih terperinci dalam menghasilkan laporan yang lebih berkualiti dan realistik.

Galeri

Gambar sekitar sesi Focus Group Discussion (FGD) dan Technical Working Group (TWG) bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my