Program Focus Group Discussion (FGD) Kajian Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman
Pengenalan
11hb Ogos 2022 | D’Yan Chalet, Yan, Kedah
PROGRAM FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PELAN PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN REKREASI TITI HAYUN, DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Projek Khas sedang menjalankan Kajian Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.
Info
Kajian ini dijalankan oleh perunding yang dilantik iaitu Uni Technologies Sdn. Bhd. bermula dari Julai 2022 hingga Oktober 2022.
Program FGD telah diadakan di Dewan D’Yan Chalet, Titi Hayun, Yan dan melibatkan penyertaan daripada semua agensi/jabatan teknikal berkaitan, Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan dan Unit Projek Khas.
Jabatan berharap dengan adanya program ini akan dapat menghasilkan pelan-pelan pembangunan yang lebih komprehensif dan berdaya laksana dalam membantu pihak Majlis Daerah Yan serta agensi/jabatan teknikal membangunkan kawasan rekreasi Titi Hayun, Yan.
Galeri
Gambar sekitar Kajian Pelan Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.