Kursus Pemahaman Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa) Lembaga Rayuan
Pengenalan
11hb Ogos 2022 | Alor Setar, Kedah
KURSUS PEMAHAMAN AKTA 172 (AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA): LEMBAGA RAYUAN
PLANMalaysia@Kedah melalui Unit Jawatankuasa Perancang Negeri dan Lembaga Rayuan telah menyertai kursus secara online ini yang dianjurkan oleh I-KPKT di bawah Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Urbanisasi bertempat di Bilik Prosiding Lembaga Rayuan Negeri Kedah, Aras 11 Bangunan Sultan Abdul Halim.
Info
Kursus ini mensasarkan secara terbuka kepada semua perancang bandar di Malaysia dan telah diadakan selama empat (4) jam di mana ianya melibatkan pembentangan daripada tiga orang ahli panel yang terdiri daripada Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan ( BPKSP) dan pengkongsian perlaksanaan Lembaga Rayuan Negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman berkenaan Akta 172 terutamanya yg berkaitan perlaksanaan dan pengurusan kes di Lembaga Rayuan.
- Urusetia Lembaga Rayuan Negeri Kedah-
Galeri
Gambar sekitar kursus secara online Pemahaman Akta 172 (Akta Perancangan Bandar dan Desa): Lembaga Rayuan.