Pengukuran Bandar Mampan di Malaysia Melalui MURNInets

Image

Pengenalan

26hb Januari 2022 | Alor Setar
 
PELAKSANAAN PENGUKURAN BANDAR MAMPAN DI MALAYSIA MELALUI PROGRAM MURNInets BAGI TAHUN 2022
.
Bandar mampan sejahtera (liveable) yang disokong dengan kejiranan hijau merupakan aspirasi dalam pembangunan negara. Ianya seiring dengan semangat Keluarga Malaysia yang menekankan kualiti kesejahteraan rakyat dan kemampanan bandar. Kedua-dua inisiatif ini adalah selaras dengan fokus Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) iaitu Mempercepat Pertumbuhan Hijau untuk Kemampanan dan Daya Tahan.

Info

 
Pengukuran Bandar Mampan di Malaysia dinilai melalui sistem yang diperkenalkan oleh PLANMalaysia berasaskan kerangka Malaysia Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets). Ia dibentuk berdasarkan dasar pembangunan utama negara berkaitan ekonomi, sosial dan fizikal yang membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pengumpulan maklumat, pemantauan data dan menjadi alat penilaian ke arah pembangunan mampan.
.
Pengukuran kemampanan bandar melalui program MURNInets melibatkan pengumpulan data sekunder dan primer bagi *39 penunjuk* kemampanan bandar. Penilaian kemampanan bandar akan dilaksanakan ke atas PBT yang berjaya melengkapkan 39 penunjuk yang telah ditetapkan termasuk *dua (2) penunjuk yang menggunakan data primer melalui pengisian borang soal selidik atas talian iaitu Indeks Kebahagiaan dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT.*
.
Bermula *semenjak tahun 2012, MURNInets telah digunakan sebagai alat pengukur kemampanan bandar-bandar di Malaysia. *Ia menjadi program utama di peringkat Jabatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Malahan, PBT yang menyertai program ini dan mencapai status bandar mampan telah diberi penghargaan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT melalui Anugerah Bandar Mampan yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.
.
*Manual MURNInets* yang merupakan rujukan utama dalam melaksanakan program ini *telah ditambahbaik* dengan *mengambilkira perubahan dasar dan sasaran utama negara seperti yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, RMKe-12, RFN Ke-4 serta semakan semula piawaian kemampanan berdasarkan trend pencapaian PBT* setiap tahun supaya penilaian kemampanan ini bersifat dinamik serta kekal relevan untuk digunakan.
.
Program MURNInets ini adalah selari dengan *Agenda KPKT* iaitu *Liveable Malaysia* atau *Malaysia Berdaya Huni* yang turut memberi fokus kepada kesejahteraan ke arah pencapaian Negara dan *masyarakat yang makmur, inklusif dan mampan.* Selain itu, ianya juga adalah selaras dengan *Sustainable Development Goals dan New Urban Agenda* di peringkat global.
.
Maka pada *25 Januari 2022, gerbang MURNInets* secara rasminya akan *dibuka* untuk tindakan mengunci masuk data-data penunjuk oleh Pusat Operasi MURNInets Negeri (POMN) dan Pusat Operasi MURNInets PBT (POM PBT). Gerbang akan *ditutup pada 20 Jun 2022* bagi memberi laluan penyediaan analisis kemampanan bandar.
.
Bersama-sama kita mengekalkan kemampanan bandar kita agar prestasi kemampanan negara berada pada tahap yang membanggakan dan sentiasa mampan serta mencapai tahap daya huni yang tinggi.
.
 
Image
Image
PLANMalaysia@Kedah
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 733 1077 / 733 5900
Emel : jpbd@kedah.gov.my