Majlis Sanjungan Budi dan Jasamu Dikenang

Image

Pengenalan

16hb Februari 2022 | Hotel Grand Alora | Alor Setar | Kedah

MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN JASAMU DIKENANG
 
Majlis sanjungan budi dan jasamu dikenang telah dibuat pada 15hb Disember 2022 yang lalu di Hote Grand Alora, Alor Setar, Kedah.

Mengimbas peristiwa yang sangat bermakna bagi jabatan dimana jabatan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Am JPBD Negeri Kedah (PERKAS) telah meraikan dan menghargai dua orang pegawai jabatan yang telah mencurahkan khidmat bakti selama 39 tahun untuk jabatan dan juga dalam kawalan perancangan dan pembangunan Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Anuar Bin Ibrahim dan Encik Kamardin Bin Nayan.

Info

Kedua dua orang pegawai ini telah bersara wajib selepas berkhidmat sepanjang 39 tahun. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa bakti, komitmen yang tinggi dan khidmat yang dicurahkan dalam memastikan perancangan dan pembangunan Negeri Kedah sentiasa terunggul.

Turut diraikan dalam majlis ini adalah Puan Jusneeda Binti Jamarudin yang telah bertukar ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar.

Tuan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Perancangan Bandar Dan Desa,YBrs TPr Md Nazri Bin Abdullah turut hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis ini.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Galeri

Gambar sekitar majlis sanjungan budi dan jasamu dikenang di Hotel Grand Alora.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my