MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR-LUAR BANDAR MALAYSIA 2.0
Pengenalan
23hb Jun 2022 | Alor Setar
MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA JARINGAN PENUNJUK PEMBANGUNAN MAMPAN BANDAR-LUAR BANDAR MALAYSIA (MURNInets) 2.0 TAHUN 2022
Pada hari Khamis 23hb Jun 2022, PLANMalaysia@Kedah selaku urusetia Pusat Operasi MURNInets 2.0 Negeri (POMN) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Verifikasi Data Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar – Luar Bandar Malaysia (MURNInets) 2.0 bagi tujuan menyelaras dan mengesahkan data yang telah diterima dan diisi di dalam gerbang MURNInets 2.0.
Info
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Korporat) PLANMalaysia@Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil dari setiap 11 PBT di negeri Kedah serta wakil-wakil daripada 12 agensi teknikal yang terlibat dalam program MURNInets 2.0.
Sumber:
Unit Dasar Dan Garis Panduan
Galeri
Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan Dan Verifikasi Data Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets) 2.0 bagi Tahun 2022.