Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) 2023

Image

Pengenalan

6hb & 7hb Sept 2023 | Dewan Aquamarine | Bayview Hotel | Langkawi | Kedah
 
PROGRAM SEBARAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN (GPP) 2023

PLANMalaysia Kedah melalui Unit Garis Panduan & Dasar telah mengadakan Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP). Tujuan program sebaran ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan meningkatkan pemahaman serta mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak terlibat khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan terhadap GPP yang telah disediakan dan diterbitkan oleh PLANMalaysia sebelum GPP ini diterima pakai di peringkat negeri.

Info

Sebanyak empat GPP telah terlibat di dalam program sebaran pada kali ini iaitu:

1. Garis Panduan Perancangan (GPP) Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) (2017)
2. Garis Panduan Perancangan (GPP) Skim Perumahan Komuniti Strata (2019)
3. Garis Panduan Perancangan (GPP) Komuniti Berpengawal (2019)
4. Garis Panduan Perancangan (GPP) Kawasan Lapang (2021)
Pelbagai input dan maklumbalas telah diterima daripada peserta program yang turut hadir bagi menambahbaik kandungan GPP yang dibentangkan sebelum ianya digunapakai di Negeri Kedah.

Untuk info lanjut berkaitan jabatan kami, sila layari portal rasmi PLANMalaysia Kedah di pautan berikut:https://planmalaysiakedah.kedah.gov.my/

Galeri

Gambar sekitar Program Sebaran Garis Panduan Perancangan (GPP) yang diadakan di Langkawi, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my