SESI TEACH IN DAN HANDS ON KEDAH SPATIAL INFORMATION SYSTEM (KSIS) DAN PENGGUNAAN PERISIAN MAPINFO
Pengenalan
9hb Januari 2023 | PMKedah | Alor Setar, Kedah
SESI TEACH IN DAN HANDS ON KEDAH SPATIAL INFORMATION SYSTEM (KSIS) DAN PENGGUNAAN PERISIAN MAPINFO
Unit Maklumat Gunatanah Dan ICT, PLANMalaysia@Kedah telah mengadakan satu Sesi Teach In dan Hands On bagi penggunaan Kedah Spatial Information System (KSIS) serta penggunaan perisian Mapinfo kepada 15 orang peserta melibatkan Unit Kawalan Perancangan dan Pegawai Jabatan yang menjadi ahli majlis di PBT.
Info
Tujuan sesi ini adalah bagi meningkatkan kefahaman tentang penggunaan sistem yang telah ditambahbaik seterusnya melancarkan proses kerja di jabatan terutamanya melibatkan proses ulasan perancangan melalui semakan data-data dan pelan melalui modul pemetaan dalam sistem.
Sesi ini disampaikan oleh Encik Mohd Shahril Bin Abdullah dan dibantu oleh Puan Siti Azliza Binti Sulaiman, Encik Norhisyamuddin Bin Padzil, Puan Siti Hajar Binti Samsudin dan Puan Ayu Hasneda Binti Muhammad Hasni.
Galeri
Gambar sekitar sesi Teach In dan Hands On bagi penggunaan Kedah Spatial Information System (KSIS) serta penggunaan perisian Mapinfo.