PENGHARGAAN ANUGERAH RAKAN STRATEGIK I-PLAN

Image

Pengenalan

16hb Februari 2023 | Hotel Grand Alora | Alor Setar | Kedah

PENGHARGAAN ANUGERAH RAKAN STRATEGIK I-PLAN
 
PLANMalaysia Kedah mewakili NEGERI KEDAH telah menjadi salah satu negeri dari tiga negeri yang terpilih untuk menerima penghargaan sebagai RAKAN STRATEGIK I-PLAN Kategori Inisiatif Penyediaan Dan Pengemaskinian Sendiri Data I-Plan daripada Ketua Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa pada Majlis Amanat Tahun Baharu Ketua Pengarah pada 20 Januari 2023 baru-baru ini.

Info

Justeru, jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua PBT Negeri Kedah serta Pejabat Projek Zon Utara yang sentiasa memberi sepenuh komitmen dalam membekalkan data-data gunatanah untuk tujuan pengemaskinian Sistem I-Plan ini. Diharap dengan anugerah ini akan terus menyuntik semangat dan motivasi semua untuk meneruskan kecemerlangan di masa hadapan. Tahniah juga diucapkan kepada Unit Maklumat Gunatanah & ICT yang telah berjaya memastikan data-data disediakan dan dikemaskini dengan lengkap mengikut tempoh.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA…

Galeri

Gambar sekitar majlis penghargaan sebagai RAKAN STRATEGIK I-PLAN Kategori Inisiatif Penyediaan Dan Pengemaskinian Sendiri Data I-Plan daripada Ketua Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa

Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my