BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PENGUKUHAN IMEJ PADANG MAT SIRAT - LANGKAWI AERO GATEWAY
Pengenalan
16hb Mei 2023 | HIG Hotel | Langkawi | Kedah
BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PENGUKUHAN IMEJ PADANG MAT SIRAT - LANGKAWI AERO GATEWAY
Bengkel FGD bagi Kajian Pengukuhan Imej Padang Mat Sirat - Langkawi Aero Gateway telah diadakan pada 16 Mei 2023 di HIG Hotel, Langkawi.
Info
Bengkel ini melibatkan wakil-wakil daripada agensi teknikal utama seperti MPLBP, LADA, PTD Langkawi, JKR, JPS, SADA, PPZU, dan lain agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat dan input dalam menghasilkan analisis kajian terutamanya potensi, kekangan pembangunan dan juga cadangan awal. Jabatan juga melibatkan wakil dari Unit Kawalan dan Perancangan serta Unit Rancangan Pemajuan bagi membantu memberi panduan dan nasihat perancangan dalam melancarkan kajian ini.
Sumber : Unit Projek Khas
Galeri
Gambar sekitar bengkel FGD bagi Kajian Pengukuhan Imej Padang Mat Sirat - Langkawi Aero Gateway.