JEJAK BUDAYA WARISAN DAN SEJARAH DAERAH SIK KEDAH DARUL AMAN

Image

Pengenalan

26hb Ogos 2023 | PLANMalaysia Kedah
 
JEJAK BUDAYA WARISAN DAN SEJARAH DAERAH SIK KEDAH DARUL AMAN

Jom kita terokai daerah SIK Kedah Darul Aman!

Daerah Sik kaya dengan produk pelancongan yang berasaskan kebudayaan, warisan dan sejarah. Ia memberi tumpuan khusus kepada tarikan pelancongan diperingkat domestik dan antarabangsa yang merangkumi tapak-tapak, bangunan dan monumen sejarah, kampung-kampung tradisonal dan keunikan warisan tempatan.

Info

Pelancong berpeluang melawat tempat menarik yang mempunyai nilai budaya, warisan dan sejarah menaiki beca elektrik, basikal sewa, kenderaan sendiri atau berjalan kaki. Dengan jarak yang berdekatan antara satu sama lain pelancong akan mengalami pengalaman baru melawat tempat-tempat ini di samping pemandangan yang indah.

Melalui tagline ‘jom gi Sik’ yang diperkenalkan dan laman sesawang pelancongan yang akan diwujudkan dijangka dapat mempromosikan lagi produk pelancongan di Daerah Sik terutamanya jejak budaya, warisan dan sejarah secara berterusan.

Melalui penyediaan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik KEDAH 2023 (Penggantian), terdapat cadangan jejak budaya, warisan dan sejarah yang perlu untuk diberikan keutamaan adalah:-

1. Cadangan Pit Stop kawasan budaya, sejarah dan warisan yang telah dikenalpasti.
2. Cadangan jejak budaya warisan dan sejarah bandar Sik, Pekan Batu Lima Sik -Begia- Kuala Kerik- Telaga batu dan kawasan Kota Aur -Gubir.
3. Papan tanda inovasi yang menerangkan mengenai sejarah awal kewujudan bangunan.
4. Penggunaan QR Code yang menerangkan sejarah dan lokasi.
Mod pengangkutan yang dicadangkan adalah beca elektrik dan basikal sewaan; dan,
5. Kios sewaan basikal dan sewa eletrik.

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) kini di dalam proses persediaan untuk program Publisiti dan Penyertaan Awam yang akan diadakan pada 27 September hingga 27 Oktober 2023.

TPr Alias Rameli
Majlis Daerah Sik
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Pejabat Projek Zon Utara

#MalaysiaBerdayaHuni
#PLANMalaysia
#PasukanKPKT
 
Sumber : PLANMalaysia
QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my