GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (GPP EVCB)

Image

Pengenalan

15hb Oktober 2023 | PLANMalaysia Kedah | Alor Setar | Kedah
 
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PETAK PENGECASAN KENDERAAN ELEKTRIK (GPP EVCB)

GPP EVCB telah disediakan oleh KPKT melalui PLANMalaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memandu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak-pihak berkepentingan dalam merancang, mereka bentuk dan menyediakan petak pengecasan kenderaan elektrik (electric vehicle charging bay – EVCB).
 

Info

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-42 telah membincangkan kepentingan penyelarasan perancangan dan reka bentuk serta prosedur permohonan dan kelulusan penyediaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan bersetuju dengan GPP EVCB.

Diharapkan GPP EVCB dapat mengukuhkan lagi ekosistem EV di negara ini bagi menyokong sasaran negara ke arah negara sifar karbon menjelang tahun 2050.

Dokumen GPP EVCB boleh dimuat turun di capaian ini Muat Turun Dokumen GPP EVCB.

 

Galeri

Imej mengenai dokumen Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my