18hb Januari 2023 | Bilik Lembaga Rayuan | PMKedah
PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2023
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan PLANMalaysia@Kedah selaku urusetia telah berjaya mengadakan Perhimpunan Awal Tahun 2023.
Info
Intipati perhimpunan adalah penyampaian amanat daripada Tuan Pengarah yang menekankan semangat kerja berpasukan dan lebih komited terhadap kerja tanpa mengira bahagian dan tugas. Penyampaian Sijil Penghargaan Anugerah Zero MC kepada semua pegawai yang komited hadir tanpa MC sepanjang tahun 2022 serta Sambutan Hari Lahir kepada pegawai yang meraikan hari lahir dari bulan Januari hingga Mac 2023.
Jabatan turut meraikan dua orang pegawai baharu yang telah menyertai keluarga PLANMalaysia@Kedah.
Diharap agar semua pegawai akan lebih bersedia dengan semangat baharu dan segar untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti.