Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam RTD Pendang, Kedah 2035 (Penggantian)
Pengenalan
17hb Januari 2023 | Dewan Cenderawasih| Pendang | Kedah
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RTD PENDANG, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wan Romani Bin Wan Salim, Exco Kerajaan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Kedah. Turut hadir TPr Md Nazri Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah mewakili Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.
Info
Unit Rancangan Pemajuan, PLANMalaysia@Kedah menjadi urusetia bersama Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Projek Zon Utara.
Turut memeriahkan majlis, kehadiran wakil-wakil penduduk, usahawan tempatan, jabatan/agensi kerajaan Negeri Kedah dan Daerah Pendang, pihak-pihak berkepentingan, PBT berjiran serta perunding.
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya Majlis Daerah Pendang selaku tuan rumah. Tahniah….
Galeri
Gambar sekitar program Publisiti dan Penyertaan Awam RTD Pendang, Kedah 2035 (Penggantian).