Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Laporan Draf Akhir RTMD Yan, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

2hb Mei 2023 | Aras 12 | BSAH | Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL LAPORAN DRAF AKHIR RTMD YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
 
Laporan Draf Akhir bagi Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) merangkumi Jilid I, Jilid II dan Jilid III telah dibentangkan oleh perunding ANZ Planners Sdn. Bhd. dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPBD Kedah. Turut hadir Tuan YDP dan Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan.

Info

Cadangan-cadangan projek telah disemak oleh setiap jabatan dan agensi pelaksana dan dimuktamadkan dalam mesyuarat ini. Matlamat RT MDYAN 2035 adalah “Yan Daerah Pelancongan Desa, Zon Pengeluaran Makanan Negara dan Hab Industri Gas & Petroleum Yang Lestari, Berdaya Tahan dan Berdaya Huni”. Tema yang diketengahkan ialah ‘YAN LESTARI’. Laporan ini telah diperakukan untuk kelulusan.
 
Sumber : Unit Rancangan Pemajuan

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Laporan Draf Akhir RTMD Yan.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my