Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Laporan Draf Akhir RTD Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian)

Image

Pengenalan

3hb Mei 2023 | Bilik Mesyuarat Gerakan | PDPT | Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN TEKNIKAL LAPORAN DRAF AKHIR RTD PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
 
Laporan Draf Akhir bagi Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) merangkumi Jilid I, Jilid II dan Jilid III telah dibentangkan oleh perunding IZM Consult Sdn. Bhd. dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal yang dipengerusikan oleh Tuan YDP Majlis Daerah Padang Terap.

Info

Cadangan-cadangan projek telah disemak oleh setiap jabatan dan agensi pelaksana dan dimuktamadkan dalam mesyuarat ini. Matlamat RTD Padang Terap 2035 adalah “Memperkasakan Padang Terap Sebagai Bandar Getah Yang Makmur Dengan Pengukuhan Ekonomi, Pelancongan, Agro Dan Alam Sekitar Mampan”. Tema yang diketengahkan ialah ‘PADANG TERAP PRESTIJ’. Laporan ini telah diperakukan untuk kelulusan.
 
Sumber : Unit Rancangan Pemajuan

Galeri

Gambar sekitar mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Laporan Draf Akhir RTD Padang Terap.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my