Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Kali Ke 166 (2/2023)

Image

Pengenalan

29hb Mei 2023 | Wisma Darul Aman | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) KALI KE 166 (2/2023)
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor, Menteri Besar Kedah ini telah diadakan secara hibrid di Bilik Gerakan Negeri, Blok E, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Info

Mesyuarat ini dihadiri oleh tiga orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMKN) iaitu YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman, YB. Dato' Wira Dr. Ku Rahman bin Ku Ismail dan YB. Dr. Robert Ling Kui Ee sebagai ahli tetap. Manakala Ahli - ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ( MMKN) yang lain turut dijemput hadir secara atas talian. Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh barisan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Negeri Kedah dan jabatan - jabatan teknikal seperti Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YB. Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan lain-lain. Pegawai-Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Di Negeri Kedah turut serta dalam menjayakan mesyuarat ini.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Bil. 2/2023 ini telah membentangkan 7 Kertas Kerja Dasar, 2 Kertas Kerja Penyediaan/Penggantian/Pengubahan Rancangan Tempatan dan 1 Kertas Kerja Pemakluman bagi projek-projek kerajaan negeri yang diurus dan diselia oleh Jabatan Kerja Raya.

Mesyuarat ini diakhiri dengan penyerahan dokumen kajian yang disediakan oleh PLANMalaysia Kedah menerusi Unit Projek Khas. Majlis ini disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Kedah kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Sik, Tuan Mahamad Suhaimi bin Man bagi Cadangan Pelan Pembangunan Pekan Batu Lima Daerah Sik, Kedah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah bagi Kajian Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun Daerah Yan, Kedah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.00 petang.

Sumber: Urusetia JPN Negeri Kedah

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) kali ke 166 (2/2023).

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my