Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Perancang Bandar Dan Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bil.1/2023

Image

Pengenalan

07hb Jun 2023 | Dewan Persidangan | Bangunan Sultan Abdul Halim | Alor Setar | Kedah
 
MESYUARAT PENYELARASAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN PUSAT SETEMPAT (OSC) PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH BIL.1/2023
 
Jabatan melalui Unit Kawalan Pembangunan telah menjadi urusetia bagi Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Perancang Bandar dan Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bil.1/2023 yang diadakan di Dewan Persidangan, Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim.

Info

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mustafa Bakri Bin Alias Sani ( Timbalan Pengarah Perancangan). Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Pengarah Perancang dan juga Ketua Unit OSC dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, wakil Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah dan wakil Pejabat Projek Zon Utara.

Tujuan mesyuarat ini adalah sebagai salah satu plattform untuk sesi perbincangan isu-isu perancangan dan juga perkongsian pengalaman dan pandangan dalam aspek perancangan dan pembangunan khususnya di Negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Dalam mesyuarat ini juga dibentangkan Pelaporan MYLCPscorecard dan Pelaporan Pencapaian OSC bagi setiap PBT Negeri Kedah. Satu perkongsian yang bertajuk “Strategi Peningkatan Hasil Dan Produktiviti PBT Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa (Pengalaman Majlis Perbandaran Kulim) juga telah dibentangkan oleh Tuan TPr Haji Hamzah Ab. Halim (Pengarah Jabatan Perancangan Dan Landskap MPK).

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Pengarah Perancang dan juga Ketua Unit OSC dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang sentiasa komited dalam memastikan penyelarasan aspek perancangan dan pembangunan di Negeri Kedah.

Galeri

Gambar sekitar Mesyuarat Penyelarasan Pengarah Perancang Bandar dan Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Bil.1/2023 yang diadakan di Dewan Persidangan, Aras 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

QR Kod portal rasmi PLANMalaysia Kedah
Kod QR PMK
Image
Image
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)
Aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah
Tel :+604 - 729 1888
Emel : jpbd@kedah.gov.my